Jadi Diri Sendiri, The Sara Sister Tak Mahu ‘Fake’ Dalam Penampilan Mereka

Kumpulan baharu yang disertai empat adik beradik, The Sara Sister telah mencuri tumpuan ramai selepas mereka muncul dalam industri hiburan tempatan.

jadi diri sendiri, the sara sister tak mahu ‘fake’ dalam penampilan mereka

Terdiri daripada Jasmin, Sara Alia, Sara Aqila dan Sara Qaleesya, penampilan ahli kumpulan ini mula diperkatakan ramai kerana dilihat agak seksi dan berani sehingga ada yang berpendapat ia dilakukan mereka demi kekal relevan dalam industri.

 

Bagaimanapun jelas The Sara Sister, penampilan itu sudah lama mereka kenakan dan ia sama sekali tiada kena mengena dengan dunia hiburan.

 

“Kami sejak dulu memang macam ni. Bukannya ‘cultural shock’ terus pakai macam ni. Bagaimanapun, tidaklah sepanjang masa kami begini nak popular, kena seksi. Tidak begitu. As long as kami jadi diri sendiri,” ujar kakak sulung, Jasmin.

jadi diri sendiri, the sara sister tak mahu ‘fake’ dalam penampilan mereka

Tambah Jasmin, mereka juga sering membaca komen daripada netizen namun jika ia agak negatif, mereka akan membiarkan sahaja kerana malas mahu berdebat dengan netizen.

 

Selain itu, ibu dan bapa mereka turut ada menegur mengenai penampilan mereka empat beradik, namun semuanya bergantung kepada keputusan masing-masing memandangkan mereka juga sudah dewasa.

 

“Ibu bapa mana yang tidak akan menegur anaknya demi kebaikan. Macam kami sudah besar, buat keputusan sendiri. Cuma, selagi ia tak melebih-lebih dan ibu tahu apa yang kami lakukan.

“Kami pun tak nak pura-pura. Misalnya depan kita ‘tutup-tutup’,  tapi di belakang lain pula,”ujar Jasmin lagi.

The Sara Sister turut menafikan mereka menggunakan kecantikan mereka semata-mata untuk menyertai industri hiburan serta kekal popular, berbanding bakat seperti dakwaan ramai.

 

Sumber: Media Hiburan