Real Betul Weh 😱 Ini Sebab Korang Patut Masuk ‘Dunia’ Apocalypse The Last Of Us Di IOI City Mall!

Artikel ini ditaja oleh Astro

Rasai pengalaman The Last of Us di Astro

Kredit: Astro

Kulat boleh ubah manusia menjadi makhluk agresif seperti zombie apabila dijangkiti? Eh seriouslah! 😱

Haa itulah yang terjadi dalam drama series terbaru The Last Of Us!

Tapi tahu tak, ada satu ‘dunia’ The Last Of Us telah muncul di Malaysia?

Jangan tak tahu, Astro Experience Store yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya telah berubah menjadi dunia The Last Of Us.

Best Ke Astro Experience Store ‘The Last Of Us immersion’ Ni?

#1 Dunia The Last Of Us, Jangan Tertipu Weh Nampak Memang Real!

Pengalaman luar biasa The Last of Us di astro

Kredit: Astro

Sebaik saja masuk ke dalam Astro Experience Store The Last Of Us ni, korang akan terpukau dengan apa yang dipaparkan.

Secara visualnya, memang hampir sama dengan apa yang korang tengok dalam series tu.

Daripada props yang digunakan sehinggalah suasana dunia pasca ‘apocalypse’ itu sendiri.

Memang lain betul feel dia, barulah terasa macam dalam series!

#2 Ada “Infected” Hujung Minggu Ni, Jaga-Jaga!

Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya kali ni bukan biasa-biasa. Memang all out dengan elemen The Last Of Us.

Kalau datang hujung minggu, korang sendiri boleh lihat macam mana “infected” versi The Last Of Us.

Tapi hati-hati lah, jangan sampai korang pula ‘berjangkit’ jadi infected! 🧟

#3 Port #OOTD Yang Next Level 📸

Bila ‘set up’ pun luar biasa, memang sesuai sangatlah kalau korang nak bergambar, ambil video atau OOTD dalam Astro Experience Store The Last Of Us ni.

Nak lagi best, korang datang dengan berpakaian ala character drama series ni.

Tak kisahlah nak jadi Joel atau Ellie. Lepas tu korang OOTD, confirm lagi next level lah!

Korang tengok penyampai radio ERA, Isha Norsham explore ‘dunia’ The Last Of Us tu, bukan main enjoy ya!

#4 Satu-Satunya Pengalaman The Last Of Us di Malaysia! 

Satu-satunya pengalaman The Last of Us di Malaysia

Kredit: Astro

Antara sebab utama korang patut datang adalah ia satu-satunya ‘experience store’ The Last Of Us di Malaysia!

Tak ada lagi yang buat macam ni dekat Malaysia, silap-silap luar negara pun susah korang nak jumpa.

Jadi sebab itulah korang wajib datang terutama sekali buat peminat gaming atau series The Last Of Us ni.

#5 Boleh Menang TV, Komputer & Tablet! Rugi Tak Join

Ini confirm ramai yang tak fikir panjang, terus serbu Astro Experience Store, Tingkat 3, IOI City Mall, Putrajaya!

Hadiah dia bukan biasa-biasa, korang siap berpeluang memenangi hadiah onz macam televisyen, komputer ataupun tablet.

Nak menang ni, korang kena lalui tiga cabaran. Kalau mana-mana pelanggan Astro yang berjaya melengkapkan ketiga-tiga cabaran ini, mereka berpeluang untuk memenangi satu daripada hadiah tadi.

Bukan pelanggan Astro pun pun boleh tebus hadiah tau kalau join cabaran Astro Experience Store, Tingkat 3, IOI City Mall, Putrajaya ni memang dibuka untuk semua orang datang, rasai pengalaman The Last Of Us.

Cepat Rasai ‘Dunia’ The Last Of Us! Sampai 26 Mac Ini Je Tau!

Kalau dah macam-macam ada, memang rugi lah kalau tak serbu ramai-ramai ke Astro Experience Store, Tingkat 3, IOI City Mall, Putrajaya.

Rasai sendiri dunia pasca ‘apocalypse’ The Last Of Us 🔥

Korang boleh datang sekarang sampai 26 Mac ini, jadi jangan lepaskan peluang, cepat bawa keluarga, member atau bff datang okay!

Apapun, kini korang boleh strim musim boxset penuh The Last Of Us menerusi boxset yang

tersedia di HBO GO melalui Ultra Box dan Astro GO. *Eksklusif kepada pelanggan Astro Movies.