Tawaran Diskaun Saman JPJ Sehingga 70 Peratus Mulai Hari Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun saman sehingga 70 peratus sempena Bulan Kemerdekaan mulai hari ini, 18 Ogos sehingga 16 September depan.

tawaran diskaun saman jpj sehingga 70 peratus mulai hari ini

JPJ dalam satu kenyataan menyebut, tawaran itu terpakai bagi semua saman yang aktif termasuk bagi individu yang telah disenarai hitam.

 

“Pengurangan kompaun akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).

 

“Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula,” menurut kenyataan tersebut.

 

Tawaran diskaun itu bagaimanapun tidak terpakai bagi mereka yang mempunyai kes di mahkamah, termasuk mereka yang ada status waran tangkap.

 

Urusan pembayaran saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan serta UTC dan kiosk atau secara atas talian menerusi portal mySIKAP JPJ.

tawaran diskaun saman jpj sehingga 70 peratus mulai hari ini

tawaran diskaun saman jpj sehingga 70 peratus mulai hari ini

Sumber: [1]