Tarikh Penting Permohonan Ke Sekolah Khusus Bagi Murid Tingkatan 1 & 4

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sekolah khusus akan mula dibuka pada 10 Oktober 2021.

tarikh penting permohonan ke sekolah khusus bagi murid tingkatan 1 & 4

Sekolah-sekolah khusus itu ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

 

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut:

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

 

 

Ekoran itu, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus ini telah diperkenalkan. Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan artikulasi penulisan (10%).

 

Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) secara dalam talian bermula dari 1 Disember 2021. Pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi Tingkatan Satu (1) dan 7 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022 bagi Tingkatan Empat (4).

 

KPM turut menggariskan syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu mestilah warganegara Malaysia, dan mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Bagi kemasukkan ke Tingkatan 1, murid itu mestilah berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010. Manakala bagi kemasukan ke tingkatan 4, murid tersebut mestilah berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007.

 

Keputusan pemilihan murid ke sekolah-sekolah khusus ini pula akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

 

Sumber: KPM