Tan Sri Michelle Yeoh Orang Malaysia Pertama Menang Golden Globe!

Tan Sri Michelle Yeoh telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu pertama dari Malaysia yang merangkul anugerah di Golden Globe Awards.

tan sri michelle yeoh orang malaysia pertama menang golden globe!

Anak kelahiran dari Ipoh, Perak yang menempa nama di Hollywood ini telah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.

 

Kemenangan itu sekaligus berjaya menewaskan calon hebat lain seperti Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy dan Emma Thompson.

 

Menerusi ucapan beliau, ujarnya bukan mudah untuknya membina nama di Hollywood, malah ada yang bertanya adakah dia mampu berbicara dalam Bahasa Inggeris dengan baik semasa diawal penglibatannya dahulu.

 

“Saya ingat masa kali pertama saya jejakkan kaki di Hollywood, ia masih satu mimpi yang jadi kenyataan sampailah saya berdiri di sini (ketawa).

“Sebab, tengoklah muka saya sekarang. Saya datang sini dan diberitahu, ‘awak orang minoriti’. Saya macam, ‘no, that’s not possible’ (itu tidak mungkin).

“Seseorang cakap pada saya: ‘anda cakap Inggeris?’. Lupakan tentang mereka yang tak tahu tentang kewujudan Korea, Jepun, Malaysia, Asia dan India.

“Saya cakap: Penerbangan ke negara ini (Amerika Syarikat) kira-kira 13 jam panjangnya. Jadi, saya belajar (bahasa Inggeris) dalam perjalanan ke sini,” ujarnya.

 

 

Tahniah sekali lagi kepada Tan Sri Michelle Yeoh!

 

Sumber: Kosmo!