Tampin Diiktiraf Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2021

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) baru-baru ini telah mengiktiraf tiga negeri di Malaysia sebagai bandar paling bahagia untuk tahun 2021.

tampin diiktiraf bandar paling bahagia di malaysia 2021

Ketiga-tiga negeri tersebut iaitu Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka telah mencatatkan skor penuh ‘bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80 peratus.

.

Malah, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tiga-tiga negeri itu juga merekodkan skor ‘bahagia’ penuh untuk semua kawasan yang dinilaikan.

.

Daripada itu, Tampin dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia Malaysia dengan pencapaian skor tertinggi 99.5 peratus, diikuti Jelebu (97.85 peratus), Jempol (89.07 peratus), Kuala Pilah (88.39 peratus), Port Dickson (85.76 peratus), Seremban (83.60 peratus), dan Rembau (81.91 peratus).

tampin diiktiraf bandar paling bahagia di malaysia 2021

Antara soalan yang ditanya bag menentukan skor ‘bahagia’ termasuklah tahap tekanan kehidupan dialami individu serta kadar kepuasan hati dengan kesihatan, kebahagiaan ketika bersama keluarga dan saudara-mara selain tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja.

.

Menurut Inc.com., terdapat lima faktor penting dalam menentukan kebahagiaan di sesuatu kawasan, iaitu:

.

1. Kurang waktu perjalanan ke tempat kerja

2. Kurang bahagia di kawasan sejuk

3. Lebih bahagia di kawasan banyak kemudahan

4. Kehijauan alam menghadirkan kegembiraan

5. Populasi berpendidikan tinggi

.

Sumber: [1], [2]