Kahwin Masa Usia 19 Tahun, Tajul Kongsi Tips Rumah Tangga Bertahan

Penyanyi, Tajul Arif mengakui turut ada turun naik sepanjang perkahwinannya selama ini.

kahwin masa usia 19 tahun, tajul kongsi tips rumah tangga bertahan

Tajul, berkahwin dengan pilihan hatinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017 ketika usianya baru 19 tahun.

 

Ujar penyanyi ini, rumah tangganya masih bertahan dengan tiga perkara, antaranya kesabaran dan kewangan yang kukuh.

 

“Berkahwin di usia muda ini ada susah dan senangnya. Ada manis dan pahit. Perasaannya bercampur baur. Nak bagi tips pun, rasanya saya belum cukup arif.

“Saya kahwin pun baru enam tahun tapi boleh saja berkongsi pengalaman sendiri. Kalau nak berkahwin pada usia muda, kena bersiap sedia tiga perkara iaitu kuatkan mental, sabar dan kukuhkan kewangan.

“Kalau tiada tiga perkara ini, rumah tangga tidak akan bertahan. Sebagai ketua keluarga, banyak perkara yang kita kena fikir. Bebanan pun banyak.

“Jadi, kena bersedia demi kebahagiaan kelurga,” kata Tajul kepada Gempak.

kahwin masa usia 19 tahun, tajul kongsi tips rumah tangga bertahan

Tajul kini turut menjadi bapa kepada dua orang cahaya mata iaitu Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.

 

Sumber: Gempak