Percaya atau tidak, bulatan terbesar di dunia terletak di Bulatan Putrajaya, Malaysia!
Dikenali sebagai Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, bulatan tersebut merupakan jalan raya utama atau bulatan di Putrajaya dengan diameter 3.5 kilometer yang bersamaan dengan 2.2 batu.
Bulatan terbabit dibina pada 1997 dan selesai pembinaan pada 1999.
Di sepanjang jalan tersebut, anda juga dapat melihat mercu tanda utama di sekitar Putrajaya seperti Perdana Putra yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Masjid Putra, Istana Melawati dan juga Dataran Kemerdekaan Putrajaya.
Sumber: FKT