Tak Sangka Dah Ada Album Sendiri, “Saya Rasa Macam Mimpi,” – Tabby DOLLA

Kumpulan yang dianggotai empat gadis jelita iaitu DOLLA baru-baru ini telah melancarkan album sulung mereka yang berjudul New Classic.

 

Album yang memuatkan tujuh buah lagu itu telah menampilkan pelbagai genre taruhan DOLLA seperti Dance-Pop dan R&B.

ada peminat luar negara sanggup belajar bahasa melayu demi dolla

Baca: DOLLA Enggan Fikir Gelaran Sebagai Kumpulan No. 1 Negara “Yang Penting Kami Kerja Keras..”

 

Salah seorang ahli DOLLA iaitu Tabby, 23, beliau berasa seperti sedang bermimpi apabila mereka kini mempunyai album sulung selepas tiga tahun membina kerjaya seni.

tak sangka dah ada album sendiri, “saya rasa macam mimpi,” – tabby dolla

“Sampai sekarang saya seperti bermimpi, akhirnya kami mempunyai album sendiri. Rasa sangat gembira dan bersyukur.

“Kami juga teruja ramai tetamu hadir pada malam pelancaran demi meraikan kejayaan ini,” katanya.

 

Menurut pemilik nama sebenar Tabitha Ariel Lam Lianne itu lagi, pembikinan album New Classic bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia mendapat kerjasama ramai nama besar dalam industri dari dalam dan luar negara.

 

Salah seorang ahli lain iaitu Sabronzo pula berkata dia sama sekali tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mengasah lagi bakat dalam bidang muzik serta kelebihan setiap anggota DOLLA.

tak sangka dah ada album sendiri, “saya rasa macam mimpi,” – tabby dolla

“Sebenarnya komposer Hyuk Shin hasilkan dua lagu untuk kami iaitu Classic dan Boss Up.

“Proses bekerja dengannya sangat berbeza dengan produser lokal kerana lebih efisyen.

“Dia tahu visi lagu tersebut dan kami hanya serahkan kepadanya kerana tahu dia sudah bekerja dengan ramai artis sebelum ini,” demikian menurut pemilik nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli itu.

 

Difahamkan, kos pembikinan album New Classic secara keseluruhan menelan belanja setengah juta ringgit. Sejak ditayangkan di saluran YouTube, single Classic berjaya meraih lebih setengah juta jumlah tontonan.

dolla enggan fikir gelaran sebagai kumpulan no. 1 negara “yang penting kami kerja keras..”

Sumber: HIB Glam