Pempengaruh, Syifa Melvin baru-baru ini telah mengumumkan jantina bayi yang dikandungnya hasil perkahwinan bersama bintang bolasepak JDT, Safawi Rasid.
Acara ‘baby gender reveal’ itu nyata meriah sehinggakan dua orang kakaknya, iaitu Syatilla Melvin dan Syida Melvin terlebih teruja hingga terjatuh apabila mereka melompat.
Semuanya gara-gara tekaan dua kakaknya itu meleset apabila menyangka anak buah baharu mereka itu nanti adalah perempuan, sebaliknya dia adalah bayi lelaki.
Dapat dilihat, Safawi Rasid memecahkan belon dan warna biru keluar daripadanya menandakan ia bayi lelaki.
Video kemeriahan acara itu dikongsikan Syida menerusi akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
A post shared by CDA (@syidamelvin)
Hantaran itu mendapat perhatian ramai pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan aksi bersahaja Syatila dan Syida.
Terdahulu, Syifa dan Safawi sah bergelar suami dan isteri dalam satu majlis pernikahan di sebuah hotel ternama dekat Petaling Jaya, 28 November lalu.
Sumber: Instagram