Syasya DOLLA Terima Teguran Nenek Isu Imej Seksi, “Tapi Saya Nak Jadi Diri Sendiri..”

Sebelum ini tular berita yang melaporkan nenek kepada salah seorang ahli kumpulan DOLLA, Syasya iaitu Rozie Othman, memberikan nasihat kepada cucunya agar tidak tampil terlalu seksi dikhalayak ramai.

nenek dah pesan syasya dolla jangan seksi sangat, “saya pun pernah muda..”

Rozie Othman, 60, yang juga merupakan pelakon veteran tampil memberikan nasihat kepada cucunya itu untuk tampil dengan imej yang lebih sopan.

nenek dah pesan syasya dolla jangan seksi sangat, “saya pun pernah muda..”

Bagaimanapun Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 22, berkata, generasi baharu sepertinya ada gaya tersendiri dan sudah tentu ada beza antara zaman dulu dan sekarang.

 

"InsyaAllah apa yang nenek tegur dan boleh diperbaiki, saya akan cuba perbaiki. Namun, saya pun nak bawa imej sendiri dan jadi diri sendiri. Tak mahu berpura-pura jadi orang lain.

"Bagi saya apa yang nenek kata itu ada betulnya. Dia (nenek) pun ada niat yang baik. Sebagai cucu, saya faham kebimbangannya terhadap keselamatan saya.

"Nenek ada menghubungi saya dan kami berbual. Nasihatnya pada masa depan jaga-jaga sikit dengan penampilan saya," katanya.

syasya dolla terima teguran nenek isu imej seksi, “tapi saya nak jadi diri sendiri..”

Syasya turut memaklumkan hubungannya bersama neneknya itu juga baik dan mereka ada bertemu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

 

"Nasihat nenek pun saya selalu dengar. Nenek seorang yang 'cool' (tenang). Dia pernah jadi pelakon dan faham situasi industri seni macam mana.

"Sebagai nenek, mestilah dia ambil berat perkembangan saya. Banyak orang cakap macam-macam dan tentulah dia terpanggil untuk nasihat," katanya.

 

Tambah Syasya lagi, meskipun sering ditegur dengan penampilan diri yang dikatakan seksi, beliau tidak pernah berasa terbeban dengannya. Namun, beliau tegaskan ia adalah imej dirinya yang tersendiri dan hanya mahu orang ramai mengenali siapa Syasya Rizal DOLLA.

 

Sumber: HMetro