Syamsul Yusof Kata Isteri Pertama Curang, Puteri Sarah Tenang Balas Di IG Story

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

syamsul yusof kata isteri pertama curang, puteri sarah tenang balas di ig story

Menurut Syamsul, beliau bertindak memfailkan permohonan berkenaan selepas mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.

 

"Saya sudah lama memendam rasa sebagai suami. Dalam dunia ini tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain.

"Kesilapan saya selama ini mungkin saya diam sehingga kedua ibu bapa menghentam saya. Saya bukan nak membalas terhadap Sarah tetapi orang perlu tahu hal sebenar," katanya.

 

Malah Syamsul juga berkata Puteri Sarah memfitnahnya dengan mengatakan dia pernah memukul isterinya itu pada 2020.

 

 

Dalam pada itu, Puteri Sarah dilihat telah memuatnaik foto di Instagram Story dengan mempertahan dirinya dan mendakwa suaminya itu sedang memutar belit fakta.

syamsul yusof kata isteri pertama curang, puteri sarah tenang balas di ig story

Ekoran daripada itu, satu notis saman akan dihantar kepada Puteri Sarah dalam masa terdekat, memandangkan tarikh sebutan kes akan berlangsung pada 6 April depan.

 

Sumber: HMetro / Instagram