“Ratusan Juta…” - Syamsul Yusof Terima Tawaran Arahkan Filem Termahal Negara

Pengarah ternama, Syamsul Yusof mengesahkan bahawa dia telah menerima tawaran untuk menghasilkan sebuah filem epik yang mengisahkan keagungan negeri Melaka dengan kerjasama kerajaan negeri tersebut.

“ratusan juta…” - syamsul yusof terima tawaran arahkan filem termahal negara

Syamsul bagaimanapun memaklumkan bahawa ia masih dalam fasa perbincangan awal dan tidak dapat berkongsi banyak tentangnya.

“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.

“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” katanya kepada satu portal akhbar tempatan.

Tambah pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, filem tersebut bakal menjadi karya termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia sekiranya ia direalisasikan satu hari nanti.

“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mencipta fenomena dalam industri perfileman selepas mengutip kira-kira RM96 juta jumlah jualan tiket di Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

Sumber: Utusan