Selepas sekian lama berteka-teki, pengarah popular negara, Syamsul Yusof akhirnya mengakui bernikah bersama Ira Kazar, dengan berwalikan bapa Ira sendiri.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Syamsul membuat pengakuan pernikahan itu bagi menjawab segala persoalan yang timbul mengenai konflik rumah tangga beliau bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana.
“Alhamdulillah syukur saya sudah bernikah secara sah dengan Ira, dengan berwalikan ayahnya sendiri di Thailand.
“Ada sebab kenapa saya bernikah di sini (Thailand), ini kerana untuk memudahkan beberapa perkara.
“Ia (pernikahan bersama Ira) telah didaftarkan, Alhamdulillah,” ujar Syamsul.
Tambah beliau lagi, isteri pertamanya, Puteri Sarah masih lagi isterinya dan menyeru agar isterinya itu pulang ke rumah untuk berbincang masalah mereka bersama.
Perkongsian Syamsul ini mendapat perhatian netizen sambil ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pernikahan itu.
Sumber: Instagram