Pengarah sensasi, Syamsul Yusof enggan terus membiarkan isu ‘dalam kain’ dirinya dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana terus menjadi tontonan umum.
Syamsul sebaliknya telah meminta Puteri Sarah untuk berhenti daripada terus menabur fitnah, seperti mendakwa dia pernah memukulnya pada tahun 2020.
Ujarnya, jika sekalipun Puteri Sarah membencinya, kenapa perlu sampai membuat cerita fitnah seperti itu.
“Kalau tak suka saya, kenapa sampai tahap perlu memfitnah saya memukulnya. Jangan buat cerita fitnah yang tidak benar jika membenci saya sekali pun.
“Saya ada menghubungi dan beritahu ‘sampai hati awak buat saya macam ini’. Cerita memukul itu pun ada kisah di sebaliknya dan kalau boleh saya tidak mahu ulas perkara itu dengan lebih panjang lebar.
“Bagi saya, perkara yang sudah itu, sudahlah. Saya boleh maafkan dia. Kalau ada ruang untuk berbaik, ayuh kita berbincang,” katanya.
Syamsul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti mendakwa isterinya itu ada menghubungi bekas kekasih berstatus suami orang hingga dia nekad memfailkan permohonan nusyuz pada Selasa lalu.
“Berkenaan perkara itu saya belum boleh huraikan lagi. Saya tak mahu main ‘game’ fitnah di sini. Saya enggan bercakap benda yang tidak sepatutnya.
“Saya sendiri pun malu nak bercakap mengenai perkara itu kerana membabitkan aib rumah tangga, jadi tunggu perbicaraan nanti,” katanya.
Mengulas lanjut, Syamsul menolak dakwaan dia mengabaikan isteri pertamanya itu sepanjang empat tahun berdepan konflik. Kata Syamsul, dia masih berikan Puteri Sarah segala nafkah seperti tempat tinggal dan menjaga makan minum beliau, namun isterinya itu yang nekad mahu keluar dari rumah.
“Bila saya abaikan dia? Adakah satu pengabaian kepada isteri kalau nafkah saya masih beri, sediakan tempat tinggal dan jaga makan serta minumnya.
“Bukannya saya halau dia keluar rumah, tetapi dia yang keluar dari rumah. Orang tanya kenapa saya tak nak ceraikan dia empat tahun lalu? Jawapan saya mudah saja kerana saya tidak mengabaikannya.
“Anda pun boleh tanya soalan sama kepada dia, kenapa tak minta cerai empat tahun dulu? Kenapa selepas saya berkahwin dan berpoligami baru nak bercerai, sebab masing-masing ada simpan perasaan sayang lagi,” katanya lagi.
Sumber: Kosmo!