“Farid Kamil, Kita Jumpa Di Mahkamah,” Syamsul Yusof Malas Nak Kecoh Di Media Sosial

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dilaporkan bakal mengheret pelakon, Farid Kamil ke mahkamah.

“farid kamil, kita jumpa di mahkamah,” syamsul yusof malas nak kecoh di media sosial

Ia berikutan kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepadanya apabila dia dikatakan pernah memukul wanita yang kini isteri pelakon itu iaitu Diana Danielle sekitar 2005.

 

Ujar Syamsul, beliau tidak mahu sekadar lantang di media sosial sebaliknya mahu menegakkan kebenaran dengan cara yang betul.

 

“Untuk Farid Kamil, kita jumpa di mahkamah. Kalau dah bawa ke mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mestilah aku nak saman kau.

“Saya tidak mahu jadi pondan, ‘pung-pang’ dalam media sosial. Masing-masing dah tua, kenapa nak buat ‘game’ seperti budak-budak,” katanya.

 

Syamsul juga berkata beliau hanya tahu mengenai perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain.

 

“Saya malas nak main media sosial. Kita dah tua, nak cari rezeki. Masa muda-muda dulu okeylah kot. Sekarang hal yang remeh-temeh, saya malas nak layan sebab tidak mahu bergaduh.

“Tapi saya anggap ini ujian untuk menjadikan saya semakin matang. Bayangkan daripada berkawan (dengan Farid), tiba-tiba timbul cerita begini. Kau dah kenapa?” katanya lagi.

 

Terdahulu, Farid Kamil menerusi Instastory pernah memerli seseorang yang didakwa pernah memukul isterinya. Ujarnya lagi, akibat daripada insiden itu, Diana Danielle mengalami trauma panjang hingga sekarang.

 

Dalam kes berbeza, Diana Danielle telah membuat tuntutan permohonan cerai daripada Farid Kamil atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

 

Sumber: Kosmo!