Hadiahkan Pekerja Telefon Pintar, Ramai Impi Majikan Seperti Syahmi Sazli

Pelakon, pengarah, penulis, penerbit lagu dan selebriti internet Malaysia, Syahmi Sazli adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri tanah air.

 

Beliau yang mula mencipta nama menerusi video pendek di Youtube, kini sudah mempunyai perniagaannya sendiri termasuklah menjual air balang.

 

Terbaharu, Syahmi menerusi laman Instagramnya telah menghadiahkan salah seorang pekerja air balangnya itu sebuah telefon pintar terbaru, iPhone 14.

hadiahkan pekerja telefon pintar, ramai impi majikan seperti syahmi sazli

Syahmi menjelaskan sebab dia memilih pekerja wanita berkenaan selepas menilainya daripada beberapa sudut.

 

“Iphone 14 utk pekerja air balang mi.. mi pilih berdasarkan pelbagai sudut,” tulis beliau pada ruangan kapsyen.

hadiahkan pekerja telefon pintar, ramai impi majikan seperti syahmi sazli

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

 

Melihat kepada sifat pengarah filem Mael Totey itu, ramai warganet memuji beliau sehingga ada yang mahu majikan mereka menjadi sepertinya.

hadiahkan pekerja telefon pintar, ramai impi majikan seperti syahmi sazli

Sumber: Instagram