Pelakon, Syafiq Kyle menafikan dakwaan kononnya beliau akan menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ini.
Bagaimanapun Syafiq mengakui ada membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Mimi Lana.
Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, beliau kini sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dalam tempoh masa yang akan diberitahu kelak.
“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini.
“Mungkin kami tidak akan adakan majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti yang dituntut agama,” katanya.
Menurut Syafiq lagi, beliau menafikan khabar angin yang mengatakan mereka akan bernikah pada hujung tahun ini. Katanya, ada beberapa komitmen kerjaya yang perlu diselesaikan mereka terlebih dahulu dan akan mengumumkan tarikhnya kepada umum nanti.
Syafiq Kyle dan Mimi Lana mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019. Bagaimanapun mereka dikatakan putus pada Mei 2020 dan kembali berhubungan semula beberapa bulan kemudian.
Sumber: Kosmo!