“Sampai Tahap Saya Bernafas Pun Orang Tak Suka,” Syada Amzah Tak Terasa Dikecam Netizen

Baru-baru ini, penyanyi, Syada Amzah telah dikecam netizen selepas dilihat gagal membawakan lagu Arab, menerusi satu rakaman video di Tiktok.

syada amzah dipuji sebab confident nyanyi lagu arab walau ‘kelaut’ [video]

Baca: Syada Amzah Dipuji Sebab Confident Nyanyi Lagu Arab Walau ‘Kelaut’ [Video]

 

Pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah itu bagaimanapun mengerti bahawa ramai yang masih tidak berpuas hati dengan isu keluarganya sebelum ini, hingga melepaskan amarah pada video berkenaan yang tidak mempunyai apa-apa kaitan.

“sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka,” syada amzah tak terasa dikecam netizen

“Video saya dikecam mungkin sebab isu lama saya, saya faham mereka masih lagi terasa hati. Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu.

“Saya tidak salahkan netizen, kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya.

“Jauh sekali untuk mencari publisiti, kalau saya mahu berbuat demikian, saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya tagih perhatian, paling penting niat kita,” katanya.

 

Adik kepada penyanyi popular Shila Amzah itu bagaimapun menghargai setiap komen netizen, selain berbangga dengan perjalanan kariernya dalam bidang seni.

“sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka,” syada amzah tak terasa dikecam netizen

“Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa, kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya.

“Lagu Tamil dan Arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hati tapi bagi saya itu merupakan satu pujian.

“Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi mungkin mereka tidak mengenali saya, kalau kenal rapat, saya orangnya jenis mudah buat kawan,” katanya lagi.

 

Terdahulu, warganet mengecam hebat kualiti suaranya selepas menyanyikan lagu Arab berjudul Kalam Eineh. Rata-rata warganet memintanya untuk berhenti menyanyi dan akur bahawa bakatnya tidak setanding kakaknya yang sudah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa.

 

Sumber: Kosmo!