Syada Amzah Luah Hasrat Mahu ‘Pergi’ Dulu Sebelum Ibu Tercinta

Penyanyi, Syada Amzah, baru-baru ini ada meluahkan hasrat mahu meninggal dunia terlebih dahulu sebelum ibu tercinta, Fauziah Sarman, kerana tidak mampu untuk hidup tanpa beliau.

syada amzah luah hasrat mahu ‘pergi’ dulu sebelum ibu tercinta

Menurut pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah, 26, beliau memanjatkan doa buat ibunya itu dan memohon agar dimurahkan rezeki untuk sentiasa dapat menjaga insan kesayangan.

 

“Hasrat Adah, saya mahu pergi dahulu sebelum ibu, sebab saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada saya jika ibu tiada di dunia.

“Saya tahu tidak semua orang berkesempatan menjaga seorang ibu. Ibu adalah lubuk pahala dunia akhirat dan seperti kita tahu, doa ibu tiada hijabnya.

“Jadi doakan Adah tau ibu. Semoga saya murah rezeki supaya boleh sentiasa belanja makan dan pakai ibu,” katanya menerusi hantaran Instagram.

 

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi popular Shila Amzah ini turut menitipkan nukilan istimewa buat ibunya sebelum 2023 melabuhkan tirai, awal minggu ini.

syada amzah luah hasrat mahu ‘pergi’ dulu sebelum ibu tercinta

“Meluangkan masa di hari terakhir pada tahun 2023 dengan insan yang saya sayang. Saya amat bersyukur dikurniakan insan yang hebat, rendah diri dan baik hati di sekeliling saya.

“Ibu, syukur alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk hidup. Allah beri peluang demi peluang supaya saya dapat jaga ibu.

“Satu-satunya impian dalam hidup saya adalah untuk buat orang yang saya sayang rasa gembira dan bahagia. Ibu, anda adalah insan yang sentiasa berada di tangga pertama dalam hati saya,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

 

Sumber: Instagram