Syada Amzah Dipuji Sebab Confident Nyanyi Lagu Arab Walau ‘Kelaut’ [Video]

Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen selepas beliau menyanyikan sebuah lagu berbahasa Arab bertajuk Kalam Einih.

syada amzah dipuji sebab confident nyanyi lagu arab walau ‘kelaut’ [video]

Lagu nyanyian asal penyanyi Sherine itu dilapor kini sedang popular di Tiktok dan ramai yang merakam semula versi cover untuk lagu berkenaan.

 

Syada Amzah turut tidak ketinggalan menyanyikan semula lagu berkenaan, namun menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

syada amzah dipuji sebab confident nyanyi lagu arab walau ‘kelaut’ [video]

Rata-rata netizen merasakan Syada gagal membawakan lagu berkenaan dengan baik, dan juga kedengaran agak sumbang. Namun ada juga yang memuji keyakinannya menyanyi lagu tersebut walaupun ‘kelaut’.

 

@xeno_rocks Wow kali ni Syada Amzah cuba kelainan sikit. Amacam rasa macam tengah lepak kat padang pasir tak? #syadaamzah #cadasings #cover #kalameineh #music #fyp ♬ original sound - XENOROCKS

 

Video yang meraih lebih 700 ribu tontonan di Tiktok itu setakat ini sudah menarik lebih 3,000 komen.

syada amzah dipuji sebab confident nyanyi lagu arab walau ‘kelaut’ [video]

Sumber: Tiktok @xeno_rocks