Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah memberitahu beliau kini dalam proses untuk berpindah rumah.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Hamzah, 25, berkata, dia juga kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak untuk membela kucing milik keluarganya sebagai haiwan peliharaan.
“Cat adoption open by end of November. Now masih busy pindah since few weeks ago. Siapa serius nak jaga, boleh DM kita,” tulis Syada dalam satu hantaran di IG Story.
Syada turut menulis menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai 50 ekor kucing di rumah berkenaan, seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.
“Penafian, saya tidak memiliki 50 ekor kucing,” katanya.
Terdahulu, timbul isu keluarga apabila penyanyi itu bertindak mahu menjual rumah yang juga dihuni ibu Shila, Fauziah Sarman serta tiga adik beradik lain.
Selain Syada, adik Shila yang lain iaitu Syafiq mendakwa mereka dihalau kerana tidak mengetahui akan perancangan kakak mereka itu.
Shila dalam satu siaran langsung mendedahkan tujuannya menjual rumah itu kerana ia terlalu besar untuk diuruskan selain penuh dengan kucing. Justeru, Shila mengambil keputusan untuk menjual banglo tersebut dan mahu mencari rumah yang lebih kecil untuk ibu dan adik beradiknya.
Sumber: Instagram