Sweet Qismina Percaya Suami Tak Buat Perangai Menggatal di Set Penggambaran

Pelakon, Sweet Qismina akui meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap suaminya yang juga seorang pelakon, Adam Lee, tidak akan terpalit dengan kontroversi cinta lokasi.

sweet qismina percaya suami tak buat perangai menggatal di set penggambaran

Menurut pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, beliau sudah lama mengenali Adam dan tahu sikap suaminya itu ketika di lokasi penggambaran.

 

“Saya mengenali suami ketika kami belum bercinta lagi. Kami kenal pun di lokasi penggambaran.

“Jadi saya tahu karakter dia bagaimana. Mengenali Adam, dia seorang yang sangat fokus ketika kerja. Dapat sahaja skrip, dia akan buat ‘homework’. Itu sahaja,” ujarnya.

 

Ujar Sweet yang kini berusia 26 tahun, beliau bersyukur kerana suaminya seorang yang jujur dan akan memaklumkan aktivitinya setiap hari.

sweet qismina percaya suami tak buat perangai menggatal di set penggambaran

“Apa-apa pun saya bersyukur Adam jujur orangnya. Setiap hari dia akan beritahu saya aktivitinya dan apa yang berlaku.

“Untungnya, pengurus kami adalah ibu saya sendiri. Jadi, bila masing-masing buat hal, ibu akan tahu dahulu.

“Sebab itu saya percayakan suami dan tidak pernah terfikir dia akan buat perangai menggatal di set penggambaran,” kata Sweet.

 

Sementara itu, Adam berkata dia akan cuba sebaik mungkin menjaga nama baik keluarga dengan mengelak daripada melakukan perkara tidak sepatutnya.

 

“Saya cuba jaga nama keluarga sebaik mungkin. Saya dengan dunia saya sahaja. Main sukan Muay Thai, bersenam dan berlakon,” katanya.

sweet qismina percaya suami tak buat perangai menggatal di set penggambaran

Adam menambah, beliau tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk Sweet dalam dunia seni namun berharap dia dapat menjaga statusnya sebagai isteri.

 

“Untuk isteri pula, saya tidak meletakkan sebarang sekatan. Perkara ini kami sudah bincang sebelum berkahwin lagi.

“Tak ada masalah pun sebab isteri pun tahu menjaga batas,” katanya.

 

Untuk info, Sweet dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

 

Sumber: HIB Glam