Belum Ada Tanda Dikurniakan Anak, Sweet Qismina Jawab Sebab Perut Buncit

Pelakon, Sweet Qismina menafikan dakwaan mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua.

belum ada tanda dikurniakan anak, sweet qismina jawab sebab perut buncit

Menurut pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 26, sehingga kini masih belum ada tanda-tanda dia akan dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, sebaliknya perutnya kelihatan sedikit besar kerana kuat makan.

 

“Kalau orang tanya saya ‘sudah berapa bulan’? Saya akan terus jawab ini sebab perut buncit sahaja sebab kuat makan.

“Saya jujur, saya tidak akan terasa sebab pada saya apa yang orang cakap itu adalah doa. Daripada marah baik saya aminkan doa mereka,” katanya menerusi perkongsian video dalam TikTok.

 

Ujar pelakon itu lagi, beliau gembira apabila diajukan soalan tentang cahaya mata kerana baginya semua itu adalah doa yang mungkin akan dimakbulkan Tuhan.

belum ada tanda dikurniakan anak, sweet qismina jawab sebab perut buncit

“Kita tak boleh marah sebab mereka tak tahu pun betul ke tak betul. Tapi apa yang diluahkan itu menggembirakan saya sebab itu adalah doa mereka.

“Saya akan cakap ‘belum lagi, doakan untuk saya’. Sebab tak tahu dalam 10,000 orang, siapa tahu ada seorang yang doanya akan diangkat,” katanya lagi.

 

Terdahulu, penampilan Sweet dalam satu acara mencuri perhatian ramai, kerana memperlihatkan bentuk perutnya yang sedikit membesar, seakan-akan ‘baby bump’.

 

@urtv_official Sekali tengok macam nampak 'baby bump'. Apa pandangan uols? #urtv #sweetqismina #adamlee #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ Obituary - Alexandre Desplat

 

Sweet telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Adam Lee pada 24 Oktober tahun lalu, selepas tiga tahun menyulam cinta.

 

 

Sumber: Tiktok