Jaga Hati Pasangan, Sweet Qismina Elak Babak Bersentuhan dan Intim

Pelakon, Sweet Qismina kini sudah selamat menjadi isteri kepada Adam Lee dalam satu majlis akad nikah yang diadakan baru-baru ini.

jaga hati pasangan, sweet qismina elak babak bersentuhan dan intim

Ditanya sama ada Sweet akan membataskan diri dalam dunia lakonan, beliau berkata berlakon itu adalah satu kerjaya buatnya.

 

Namun ujar Sweet, ketika dari fasa bertunang lagi mereka berdua sudah mula menjaga batas apabila melibatkan babak bersentuhan dan intm demi menjaga hati pasangan.

 

Kata Sweet, beliau pernah ditawarkan berlakon babak suami isteri yang melibatkan adegan intim serta bersentuhan namun terpaksa menolaknya.

 

“Sebelum ini lagi, kami sudah pun mula menjaga batas serta sering ingat mengingati. Malah saya pernah tolak tawaran berlakon melibatkan adegan intim dan bersentuhan.

“Saya tarik diri kerana naskah itu melibatkan adegan romantik suami isteri yang intim.

“Berlakon itu pon satu kerjaya, macam mana sekalipun pasti tak boleh nak elak hubungan lelaki dan perempuan dalam satu drama. Apa yang penting, masing-masing tahu jaga batas apa patut dan tak patut,” katanya kepada Astro Gempak.

 

Tambah Sweet, sepanjang empat tahun mereka bercinta, mereka berdua sering menerapkan kejujuran dalam perhubungan sehingga selamat menjadi pasangan suami dan isteri.

 

Sumber: Astro Gempak