Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa syukur kerana usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dapat membeli sebuah rumah pada usia masih muda.
Menurut pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 27, beliau telah lama memiliki impian untuk mempunyai kediaman sendiri hinggalah tahun 2024 barulah ia dimakbulkan.
“Bertahun-tahun cari rumah. Bertahun juga tunggu nama lepas dekat bank.
“Sampai rasa banyak deposit keluar untuk buat tempahan tetapi Allah kata bukan rezekikan. Kita reda.
“Rumah ini pun sepatutnya tahun lepas dapat kunci tetapi alhamdulillah Allah dah tulis tahun 2024 awak akan dapat kunci,” kata isteri kepada pelakon Adam Lee itu.
Ujar Sweet lagi, impian untuk memiliki rumah sendiri itu telah mula ada sejak daripada sebelum berkahwin lagi.
“Rasanya niat pentingkan? Masih ingat bila kita cakap sebelum kahwin jom kita pastikan masing-masing dapat beli aset dulu untuk keluarga. Jom buat sama-sama.
Alhamdulillah sangat. Yang penting Allah bagi rezeki untuk kami berdua betul-betul waktu dah nak tunang,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Sweet turut berterima kasih kepada ibunya yang sering menjadi tulang belakang dalam proses membeli rumah ini.
“Kenangan yang paling tak boleh lupa rasanya satu tahun memang ke hulu ke hilir dengan mama pergi tengok rumah contoh.
“Terima kasih mama untuk segalanya baik rumah baru atau lama semua pergi tengok.
“Sekarang kita berjaya sayang dan kita mampu lakukan mama. Terima kasih Allah atas pinjaman dunia ini,” ujarnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah kepadanya atas kejayaan ini.
Sumber: Instagram