Suntikan Vaksin COVID-19 Ambil Masa 15 Hingga 30 Minit

Individu yang akan disuntik dengan vaksin COVID-19 perlu melalui lima stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

suntikan vaksin covid-19 ambil masa 15 hingga 30 minit
 
Ia termasuklah proses suntikan yang mengambil masa antara 15 hingga 30 minit, termasuk proses pemantauan bagi kesan sampingan.
 
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, lima stesen berkenaan adalah:
  1. Stesen pertama: Saringan gejala dan suhu
  2. Stesen kedua: Pendaftaran
  3. Stesen ketiga: Konsultasi dan persetujuan imunisasi
  4. Stesen keempat: Suntikan vaksin COVID-19
  5. Stesen kelima: Pemerhatian.
 
Beliau menganggarkan purata 15 hingga 30 minit untuk kesemua proses ketika beliau melakukan simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, semalam.
 
"Dari saringan suhu sehingga suntikan akan ambil masa antara 10-15 minit. Bagi proses pemerhatian pula selama 15 minit (lagi), namun kita perlu beri ruang secukupnya untuk pemantauan dijalankan," katanya.

 
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.
 
Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara - dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin
 
Pendaftaran untuk vaksin COVID-19 juga sudah boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.
 
Baca: Dah Boleh Daftar Vaksin COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera

 
Sumber: Astro Awani