Suka Terperap di Rumah Mungkin Antara Punca Hans Isaac Belum Jumpa Jodoh

Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac, 52, akui sikapnya yang tidak suka bersosial dan lebih suka terperap di rumah mungkin antara punca kenapa beliau masih belum bertemu jodoh.

suka terperap di rumah mungkin antara punca hans isaac belum jumpa jodoh

Menurut pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, beliau akui sudah tidak mahu memikirkan soal jodoh atau mencarinya lagi.

 

"Kalau berjumpa dengan wanita sebaya pun mereka sudah berkahwin dan wanita yang lebih muda pula mungkin tiada chemistry atau keserasian kerana perbezaan usia.

"Justeru, lebih baik saya tunggu wanita yang tepat dari ambil risiko yang akan mendatangkan masalah dalam hidup pada masa depan.

"Kalau ada pasangan (wanita) yang datang dalam hidup saya selepas ini, saya mahu dia terima keadaan hidup saya sekarang.

"Saya juga seorang yang sangat berbeza kini dan lebih senang untuk terima kebaikan dan keburukan seseorang atau masa silamnya," katanya.

 

Tambah Hans lagi, beliau akui memang cerewet dalam soal mencari pasangan untuk dijadikan teman hidup.

suka terperap di rumah mungkin antara punca hans isaac belum jumpa jodoh

"Saya pun tak percaya diri masih bujang lagi. Tapi sekarang usia lebih matang dan saya juga lebih relaks.

"Cuma masalahnya, saya tidak buka ruang untuk orang kenali diri atau mungkin saya tutup diri saya untuk orang kenal," katanya lagi.

 

Bagaimanapun menurutnya, andai sudah bertemu dengan seorang wanita yang tepat, beliau tidak teragak-agak untuk terus berkahwin sahaja, berbanding rancak bercinta seperti zaman muda dahulu.

 

"Kalau saya dah jumpa seorang wanita yang tepat dan boleh jadi teman hidup dan ibu kepada anak-anak saya kelak, saya akan terus kahwin sahaja," ujar beliau.

 

Sumber: HMetro