Mengaku Panggil Kekasih Panggilan Sayang, Sufian Suhaimi Belum Rancang Kahwin Masa Terdekat

Penyanyi, Sufian Suhaimi akui lebih selesa untuk tidak mencanang kisah peribadinya termasuklah kekasih hatinya kini.

mengaku panggil kekasih panggilan sayang, sufian suhaimi belum rancang kahwin masa terdekat

Menurut Sufian, beliau juga menolak persepsi segelintir pihak yang menganggap tindakannya merahsiakan kekasih hati adalah sebab kegagalan cinta dahulu.

 

Katanya lagi, ia dibuat bagi menghormati privasi kekasihnya yang juga merupakan seorang pelajar berusia 23 tahun.

 

“Bukanlah saya serik dengan pengalaman lalu sehingga tidak mendedahkan mengenai si dia, cuma saya ingin menghormati kehidupan masing-masing terutama dia.

“Lagipun si dia juga tidak selesa kalau ramai yang mengenali dirinya dan menjadi tumpuan umum. Saya mahu menjaga dan menghormati privasinya,” katanya.

 

Tambah Sufian lagi, beliau mengakui memanggil kekasih hatinya itu dengan panggilan sayang, namun katanya mereka masih belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

 

“Sebenarnya kami tiada sasaran tarikh bila mahu mendirikan rumah tangga. Tetapi apa yang boleh dikatakan saya memang sudah bersedia.

“Semestinya kami ada juga berbual soal ke mana arah destinasi hubungan ini sebab masing-masing tidak mahu membuang masa.

“Fasa perkenalan kami pun sememangnya bertujuan untuk mendirikan rumah tangga cuma masih tiada perancangan,” kata Sufian lagi.

 

Baru-baru ini, tular beberapa foto menunjukkan penyanyi itu bersama seorang wanita, dengan pakaian sedondon semasa majlis persandingan rakan artis, Aiman Tino.

mengaku panggil kekasih panggilan sayang, sufian suhaimi belum rancang kahwin masa terdekat

Sumber: Utusan