Didakwa Sombong, Suami Pertahankan Nad Zainal, “Padang Mahsyar Itu Benar..”

Pelakon, Ungku Ismail tampil mempertahankan isterinya, Nad Zainal selepas aktres itu didakwa sombong semasa hadir sebuah festival di Putrajaya, baru-baru ini.

didakwa sombong, suami pertahankan nad zainal, “padang mahsyar itu benar..”

Menurut Ungku, ketika kejadian mereka sedang fokus menjalani penggambaran sehingga tidak dapat melayan permintaan peminat yang hadir ke acara itu.

 

“Kami sedang lakukan penggambaran. Fokus nak lihat dan dengar arahan jurugambar di depan untuk tahu apa yang perlu dilakukan,”

“Hanya kerana satu video, ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. SubhanAllah!,” ujarnya.

didakwa sombong, suami pertahankan nad zainal, “padang mahsyar itu benar..”

Difahamkan, mereka hadir ke acara itu sebagai selebriti jemputan yang mempromosikan acara tersebut.

 

@herlaianbabes Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah 🥰 #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fypシ #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp ♬ Santai - Faizal Tahir

 

Ungku dalam pada lain memujuk isterinya supaya bersabar dengan ujian dan fitnah yang harus ditempuh khasnya ketika di bulan Ramadan ini.

 

“Alhamdulillah. Banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan dan ungkitan amalan dari malam semalam.

“Kepada yang muat naik, beritakan, sebar dan mengata, padang mahsyar itu benar. Kita sabar nantikan.

“Sabar baby, ujian Ramadan,” kongsi Ungku di Instagram.

 

Sumber: Instagram Ungku Ismail