Suami kepada penyanyi Fyna Jebat iaitu Datuk Zainal Abidin memberi sokongan penuh dan membenarkan isterinya itu untuk aktif menyanyi.
Menurut Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, suaminya itu sangat memahami minatnya dalam bidang nyanyian.
Ujar adik kepada penyanyi Ayda Jebat ini, Zainal juga tidak meletakkan sebarang syarat atau kekangan buat dirinya.
“Alhamdulillah, baik datang dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula.
“Suami saya dia bagi je untuk saya kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi.
“Dia pun tiada letakkan sebarang syarat kepada saya. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan mana yang terbaik untuk saya, dia ok,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Fyna juga mengambil segala komen dan kritikan keatas dirinya termasuklah berkenaan isu bergelar isteri kedua Zainal.
Sumber: Gempak