Suami Fatin Afeefa Tak Suka Pergi Konsert, Katanya Muzik Ini Haram

Nama pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sering menjadi sebutan ramai sejak mereka berkahwin pada hujung Disember lalu.

“alhamdulillah, jangan lupa 26 januari naik mahkamah,” ucap adam shaz pada bekas isteri

Malah apa sahaja yang dikongsi pasangan itu pasti mendapat pelbagai reaksi dari warganet, sama ada yang baik mahupun sebaliknya.

 

Terbaharu, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai telah menjawab satu soalan dari warganet sama ada beliau akan hadir atau tidak ke konsert band popular Indonesia iaitu ST12.

suami fatin afeefa tak suka pergi konsert, katanya muzik ini haram

Bagaimanapun jawapan yang dibalas Opai telah mengundang pelbagai reaksi warganet apabila dia menyatakan dirinya tidak gemar untuk ke konsert kerana padanya muzik adalah satu perkara yang haram. Sebaliknya, dia lebih gemar untuk mendengarkan alunan zikir.

 

“Saya tak suka pergi konsert sebab dengar muzik ni haram.

“Saya dekat rumah pasang zikir sahaja,” kata Opai.

 

Video live Tiktok itu kemudiannya dimuatnaik semula oleh pengguna lain dengan nama @babes_faa.

 

@babes_faa 🥰🥰 #suamiistribahagia #suamifatinafeefa #fatinafeffa #artismalaysia #artismalaysia #suamifatinafeefa ♬ original sound - vii_dio

 

 

Terdahulu, Fatin Afeefa telah selamat menjadi isteri kepada Aliff Awang pada 30 Disember 2022 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Subang Jaya.

 

Sumber: Tiktok