“Dia Sempurna Di Mata Saya,” Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali

Lebih seminggu bergelar suami kepada penyanyi, Nabila Razali, Nik Iruwan Nik Izani menyifatkan isterinya itu sebagai seorang yang sempurna dan hebat.

“dia sempurna di mata saya,” suami belum jumpa kelemahan nabila razali

Menurut Nik Iruwan, meskipun mereka baru sahaja berkenalan tahun ini, kehadiran isterinya itu adalah satu detik yang cukup membahagiakan buat dirinya dalam hidup.

 

"Dia sempurna di mata saya. Malah, dia juga wanita yang baik dan fantastik. Saya cuba mencari di mana kelemahannya tapi belum jumpa lagi.

"Saya akui keputusan untuk bernikah dengannya adalah satu perkara yang besar dalam hidup saya, termasuk untuk Nabila sendiri. Saya tidak berbelah bahagi untuk berkahwin dengannya.

"Bagi saya, Nabila juga wanita yang sangat teratur dan bersemangat dalam apa saja yang dia ingin lakukan. Sepanjang tinggal bersamanya dalam tempoh seminggu ini, kehadirannya adalah detik yang paling membahagiakan dalam hidup saya," katanya.

 

Menurut Nabila pula, suaminya itu menjadi pelengkap untuk segala kekurangan yang ada pada dirinya dan turut berharap agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

“dia sempurna di mata saya,” suami belum jumpa kelemahan nabila razali

Nabila dan Nik Iruwan baru-baru ini selamat mengadakan majlis persandingan yang bertemakan Batik Jawa, dengan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu.

 

Mereka terlebih dahulu selamat bergelar suami dan isteri pada 18 November lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

“dia sempurna di mata saya,” suami belum jumpa kelemahan nabila razali

Sumber: HMetro