TERKINI COVID-19: 106,444 Dilaporkan Di Seluruh Dunia 233 Orang Mati Di Itali, 99 Kes Di Malaysia

terkini covid-19: 106,444 dilaporkan di seluruh dunia 233 orang mati di itali, 99 kes di malaysia

Wabak novel Koronavirus atau nama rasminya COVID-19 terus tular dan menyerang banyak negara.

Terbaru, melalui twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah kematian melibatkan wabak ini meningkat kepada 223 kes. Selain itu, negara jiran Itali mencatat 16 kematian bagi Perancis dan 10 kematian bagi Sepanyol. Argentina pula mencatat kematian pertama.

Sementara di negara kita, masih belum ada dan harapnya tiada kematian yang terjadi. Bagaimanapun, 99 kes telah dilaporkan dengan 24 kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

China, di mana negara wabak ini bermula mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu sebanyak 80,863 kes dengan kematian 3,097 orang. Sehingga hari semalam, sebanyak 106,444 kes dilaporkan di seluruh dunia dengan jumlah kematian sebanyak 3,594. Bagaimanapun, jumlah kes yang berjaya diselesaikan adalah seabnyak 60,069.

Impak virus ini sangat besar apabila pelbagai acara besar terpaksa dibatalkan. Perkara tersebut membimbangkan ramai pihak apabila kelembapan ekonomi dijangka akan berterusan.

Sama-sama kita mendoakan agar wabak ini akan berakhir segera. Korang semua jangan lupa basuh tangan dan elakkan berada di tempat awam.

 

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia