Ramai Teka Tepat! Stacy, Si Bunga Matahari Juara Masked Singer Malaysia Musim ke-4

Teka-teki mengenai pemilik suara sebenar disebalik kostum Bunga Matahari dalam program realiti The Masked Singer Malaysia musim ke-4 (TMSMY4) akhirnya terjawab malam tadi.

Stacy Anam yang membawa lagu Lathi nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta nyanyian asal Marsha Milan, berjaya menewaskan empat maskot lain, dan membawa pulang trofi kemenangan.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Tempat kedua yang memakai kostum Mat Helang adalah milik Namie, diikuti Sang Kancil yang dipakai oleh Danial Zaini, Adinda Ceria Popstar (Biskut Aiskrim) dan Nabila Razali (Teratai).

ramai teka tepat! stacy, si bunga matahari juara masked singer malaysia musim ke-4

Selain berjaya menambat hati juri pada konsert akhir itu, Stacy juga pernah bergelar juara mingguan sebanyak 7 kali dalam program tersebut.

ramai teka tepat! stacy, si bunga matahari juara masked singer malaysia musim ke-4

Terdahulu, sebanyak sembilan maskot telah disingkirkan sepanjang sembilan minggu The Masked Singer Malaysia bersiaran iaitu Dr Soo Winci (Kak Cat), Amira Othman dan Irfan Haris (Cili Padi), Rashidi Ishak (Putera Katak), Daiyan Trisya (Ikan Emas), Amelina (Pom Pom Kin), Azan Ruffedge (Abang Jagung), Noki K-Clique (Bawang Putih), Datuk Yusry Abdul Halim (Musang) dan Hun Haqeem (Roti John).

Sumber: Gempak