Tak Suka Share Cerita Peribadi, “Teman Lelaki Saya Doktor” – Sophia Albarakbah

Aktres, Sophia AlBarakbah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor.

tak suka share cerita peribadi, “teman lelaki saya doktor” – sophia albarakbah

Menurut Sophia, jejaka itu bukanlah anak seni sepertinya, sebaliknya adalah seorang doktor.

 

Ujarnya lagi, beliau adalah individu yang sangat menjaga privasi dan tidak gemar untuk berkongsi kisah sebegini kepada umum.

 

Sophia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai jejaka itu dan hanya menamakan teman lelakinya sebagai Mr. Doktor.

tak suka share cerita peribadi, “teman lelaki saya doktor” – sophia albarakbah

“Apabila sudah berkahwin, saya akan kongsi lebih kepada semua orang.

“Saya tak mahu cakap apa-apa lagi sekarang, doakan yang terbaik,” kata Sophia.

 

Sejak akhir-akhir ini, Sophia dilihat sering berkongsi foto dan momen manis bersama teman lelaki di Instagram miliknya. Malah, Mr. Doktor itu juga dilihat kerap hadir bersama ke acara-acara hiburan bersamanya.

 

Terdahulu, Sophia telah menjadi bahan kecaman ramai apabila didakwa menyimpan perasaan terhadap Aliff Aziz hingga menimbulkan kemarahan isterinya, Bella Astillah.

 

Sumber: Kosmo!