Sophia Albarakbah Tak Serik Bercinta, “Ada Mendekati, Tapi Saya Tak Minat..”

Pelakon, Sophia Albarakbah berkata beliau belum terdetik untuk memulakan perhubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini kerana mahu menumpukan perhatian pada kerjaya.

sophia albarakbah tak serik bercinta, “ada mendekati, tapi saya tak minat..”

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman, 31, beliau akui ada sahaja lelaki yang cuba mendekati beliau namun terpaksa menolaknya kerana tidak berminat.

 

“Dari segi percintaan ataupun jodoh pada tahun 2024, saya tidak terfikir lagi kerana mahu fokus sepenuhnya dalam kerja.

“Nanti-nantilah pasal jodoh kerana saya memang tidak mencari ataupun fikir lagi. Kalau ada, adalah.

“Ada juga yang mendekati saya tetapi saya memang tidak berminat,” katanya.

sophia albarakbah tak serik bercinta, “ada mendekati, tapi saya tak minat..”

Meskipun akui terkesan dengan kisah percintaan lama bersama bekas kekasih, beliau tidak berasa serik untuk kembali menyulam cinta meskipun perkahwinan bukan lagi menjadi keutamaannya.

 

“Sebelum ini ada rasa risau tidak akan berkahwin kerana umur makin meningkat, saya juga mahu suami dan anak tetapi tiba-tiba sahaja rasa macam tidak mengapalah.

“Ada trauma dalam kisah percintaan lepas tetapi itu bukan faktor utama cumanya memang tiba-tiba tujuan pada 2024 untuk karier.

“Bukan serik juga tapi memang tujuan saya sebegitu. Kahwin hanyalah impian saya yang bukan jadi keutamaan,” ujarnya.

sophia albarakbah tak serik bercinta, “ada mendekati, tapi saya tak minat..”

Sophia sebelum ini mengesahkan hubungan percintaannya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr. Doctor.

 

Namun selepas sekian lama dan dilihat sering memuatnaik hantaran berbaur sedih dan kecewa di laman sosial, akhirnya Sophia mengaku tidak lagi menjadi teman istimewa kepada lelaki itu.

 

Sumber: HIB Glam