Kaki, Tangan Penuh Lebam, Sophia Albarakbah Sanggup Tahan Sakit Demi Kerja

Pelakon, Sophia Albarakbah berkata, beliau sanggup menahan sakit hingga mengalami lebam pada tangan dan kaki demi wataknya dalam filem terbaharu arahan Dr Ahmad Idham.

kaki, tangan penuh lebam, sophia albarakbah sanggup tahan sakit demi kerja

Menurut Sophia, beliau sanggup melakukan sendiri watak aksi tanpa bantuan stuntman ketika di lokasi penggambaran.

 

Katanya, walaupun beliau diberi pilihan untuk menggunakan pelakon aksi, beliau mahu keluar daripada zon selesa dan mahu melakukan aksi itu sendiri.

 

"Saya sering ditawarkan watak wanita lemah lembut dan mahu keluar dari watak sedemikian," katanya.

kaki, tangan penuh lebam, sophia albarakbah sanggup tahan sakit demi kerja

Selain melakonkan sendiri watak aksi dalam filem itu, Sophia berkata cabaran lain adalah perlu berdepan dengan cuaca panas kerana 80 peratus penggambaran adalah di lokasi ‘outdoor’.

 

"Selain babak pergelutan, ada babak aksi di mana, saya melompat ke atas lori yang sedang bergerak.

"Memang berasa sakit-sakit badan selepas buat babak aksi berkenaan tapi saya berasa puas selepas melakukannya," katanya.

 

Sumber: HMetro