Sophia Albarakbah Nangis Setiap Hari Kerana Dikecam Jadi ‘Penyondol’

Nama Sophia Albarakbah tiba-tiba hangat diperkatakan selepas dikaitkan menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga Aliff Aziz bersama Bella Astillah.

sophia albarakbah nangis setiap hari kerana dikecam jadi ‘penyondol’

Sejak dari itu, Sophia mengaku menangis setiap hari selepas dihina, dikecam dan dikritik teruk oleh warganet yang menggelar beliau sebagai penyondol.

 

Penyondol adalah panggilan yang digunakan warganet merujuk kepada individu yang menggangu atau menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain.

 

“Saya menangis setiap hari (sewaktu kontroversi melanda).

“Tapi saya kena kuat. Saya tak boleh bersedih dan melayan hal yang tidak berkaitan dengan kerja saya.

“Cuma ya, perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan,” kata Sophia.

 

Beliau juga menafikan jatuh cinta dengan Aliff yang menjadi pasangannya dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Malah beliau juga profesional dan hubungannya dengan Aliff sebagai rakan ditempat kerja juga baik sahaja.

sophia albarakbah nangis setiap hari kerana dikecam jadi ‘penyondol’

Terdahulu, Sophia didakwa menggangu rumah tangga Aliff dan Bella selepas dikatakan tersuka pelakon dan penyanyi lelaki itu. Bella juga tampil dengan bukti menunjukkan Sophia meminta maaf atas ketelanjuran perasaan terhadap suaminya itu.

 

Sumber: Astro Gempak