Sophia Albarakbah Berang Nama Sering Dikait Dengan Hal Rumahtangga Orang Lain

Pelakon dan model wanita Malaysia, Sophia Albarakbah atau juga dikenali sebagai Sophia Koshka, meluahkan rasa terkilan apabila namanya sering dikaitkan dengan hal rumahtangga pasangan selebriti.

sophia albarakbah berang nama sering dikait dengan hal rumahtangga orang lain

Sophia yang berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab ini berkata, beliau enggan lagi mendengar sebarang khabar angin yang melibatkan dirinya, lebih-lebih lagi dalam isu masalah rumah tangga.

 

“I usually don’t rant on social media, but there’s something I need to let out so, kepada semua yang mention dan kaitkan saya dengan hal rumahtangga pasangan celebrity terkenal, tolong lah, bukan saya yang dimaksudkan.

“Cukup-cukup la salahkan saya. I do not want to hear any rumours involving me, as it it clearly NOT ME! Thank you,” ujar Sophia yang kini berusia 29 tahun.

 

 

Terdahulu, pelakon dan usahawan Fazura mendakwa ada seorang aktres wanita yang cuba menyondol suaminya, Fattah Amin ketika beliau sedang hamil anak pertama mereka, Nur Fatima Aisya. Disebabkan itu, ada netizen yang mengaitkan ia dengan Sophia, meskipun tiada bukti tuduhan itu dibuat.

 

Nama Sophia pernah menjadi perhatian ramai selepas Bella Astillah mendedahkan rumah tangganya bersama Aliff Aziz diganggu pelakon itu.

 

Baca: Bella Astillah Akui Ada Pelakon Wanita Tersuka Suaminya, IG Sophia Albarakbah Diserang Netizen!

 

Sumber: Instagram