“Benda Boleh Selesaikan Personally, Taknak Libat Satu Malaysia,” – Sophia Albarakbah

Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai selepas didakwa menggangu rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz.

“benda boleh selesaikan personally, taknak libat satu malaysia,” – sophia albarakbah

Sophia bagaimanapun mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu kerana katanya bimbang ia akan menjadi lebih teruk.

 

“I know sekarang topik ni tengah panas. I faham all you reporters and media sekadar buat kerja kan. Tapi honestly, it's something yang i don’t like.

“I tak nak buat statement sebab nanti lagi teruk keadaan. Bayangkan, pihak sana buat statement lepas itu I buat statement lepas itu pihak sana keluar statement lagi.

“Jadi nanti jadi pergaduhan, lepas itu netizens pula akan pilih pihak ni pihak tu dan jadi perbalahan antara semua. Bukan something yang bagus kan?” kata Sophia secara eksklusif kepada Hlive.

 

 

 

Ujar Sophia lagi, beliau berharap isu itu dapat diselesaikan secara peribadi antara pihak yang terlibat.

 

“Jadi I sangat harap rakan media akan biar benda ni hilang sendiri. Tak nak la orang keep up fasal issue ni please. Sebab now I tengah shooting drama ni dan kita nak fokus dan buat terbaik.

“Please just let this issue die down. Benda boleh diselesaikan antara pihak yang terlibat personally. Tak nak involve satu malaysia. I harap you faham,” kata Sophia.

“benda boleh selesaikan personally, taknak libat satu malaysia,” – sophia albarakbah

Terdahulu, Bella mempersoalkan mengapa Sophia tidak hadir sidang media promosi drama lakonannya bersama Aliff Aziz pada Rabu lalu. Bella turut berkongsi beberapa paparan mesej daripada Sophia yang memohon maaf kepadanya dan berjanji tidak akan menggangu Aliff lagi.

 

Sumber: Hlive