Sophia Albarakbah Kini Bahagia, Dah Kahwin Cuma Bukan Dengan Manusia

Pelakon, Sophia Albarakbah berkata kehidupannya kini lebih bahagia meskipun telah putus cinta dengan bekas kekasih yang dikenali sebagai Mr. Doktor, pada Ogos tahun lalu,

sophia albarakbah kini bahagia, dah kahwin cuma bukan dengan manusia

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman, 31, beliau tidak berasa sunyi selepas putus cinta dan kini sudahpun ‘berkahwin’ dengan kerjayanya sebagai pelakon.

 

“Saya tak sunyi sebab ada famili, kucing dan kawan-kawan. Tiada masa pun nak terfikir tentang berasa sunyi.

“I’m married to my job (saya berkahwin dengan karier saya). Dan, saya sangat bahagia sekarang dengan keadaan ini.

“Kalau orang tanya sama ada saya masih solo, nampaknya begitulah. Hanya kerja dan ‘chill’ sahaja buat masa sekarang,” katanya.

sophia albarakbah kini bahagia, dah kahwin cuma bukan dengan manusia

Katanya, beliau kini tiada waktu untuk berehat kerana terlampu kuat bekerja.

 

“Tahun lepas misalnya saya bekerja the whole year. Rehat bulan Ogos sahaja.

“Shooting dan terus shooting sampailah beberapa minggu lepas. Selepas ini saya akan get ready untuk drama From Saga with Love musim kedua yang akan menjalani penggambaran di Jepun bulan Mei nanti.

“Bulan Ramadan ini saya berehat seketika. Berehat daripada sebarang penggambaran tapi kerja-kerja lain masih berjalan seperti biasa,” ujar beliau.

 

Sumber: Kosmo!