Solat Jumaat Tetap Diteruskan- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

solat jumaat tetap diteruskan- menteri di jabatan perdana menteri

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa solat Jumaat tetap akan diteruskan biarpun wabak COVID-19 sedang melanda.

 “Kami berpendapat solat Jumaat adalah sepatutnya kita lakukan walaupun dalam keadaan sebegini... ambil hukum asal solat Jumaat tetap wajib, cuma beberapa syarat dilaksanakan seperti khutbah dipendekkan serta orang ramai berwuduk di rumah.

“Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Khamis.

Selain itu, Dr Zulkifli juga menyatakan bahawa mereka yang sudah positif COVID-19 tidak perlu hadir ke masjid kerana tergolong dalam mereka yang sakit.

Seandainya COVID-19 tidak lagi dapat dibendung, maka pada waktu itu solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor di rumah.

Sumber: Astro Awani