Buat Content Level International, Sofian Dipuji Layak Terima Anugerah Hall of Fame GMWA

Pencipta kandungan digital, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian sering mencuri perhatian ramai warganet menerusi kandungan video kesan khas yang dihasilkan olehnya.

 

Beliau bukan sahaja berjaya menarik minat warga tempatan, malah nama Sofian cukup dikenali diperingkat antarabangsa sehinggakan mendapat jemputan untuk menghasilkan kandungan video bersama pelakon terkenal seperti pelakon utama Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang the Conqueror).

buat content level international, sofian dipuji layak terima anugerah hall of fame gmwa

Beliau juga pernah menghasilkan video kesan khas bersama ramai lagi pelakon antarabangsa lain, membuatkan netizen di Malaysia berasa bangga dengan bakat anak muda ini.

Terbaharu, bakat Sofian telah diangkat dan mendapat pengiktirafan dalam acara penuh berprestij, Gempak Most Wanted Award 2022 malam tadi. Beliau telah membawa trofi bagi anugerah Hall of Fame GMWA2022.

buat content level international, sofian dipuji layak terima anugerah hall of fame gmwa

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan bersetuju dengan anugerah yang diberikan kepada Sofian ini, malah menyokong bakat beliau untuk terus berkembang diperingkat yang lebih tinggi.

buat content level international, sofian dipuji layak terima anugerah hall of fame gmwa

buat content level international, sofian dipuji layak terima anugerah hall of fame gmwa

Sumber: Instagram