Siti Saleha dan Kekasih Enggan Tergesa-Gesa Kahwin, “Kalau Tertekan Nanti Tak Seronok,”

Pelakon, Siti Saleha akui dirinya masih belum bersedia untuk berkahwin, selepas lebih setahun menyulam cinta dengan kekasih, Joshua Fitton.

siti saleha dan kekasih enggan tergesa-gesa kahwin, “kalau tertekan nanti tak seronok,”

Menurut pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum, 35, beliau dan kekasihnya itu enggan berasa tertekan untuk berkahwin cepat semata-mata gesaan orang luar.

 

“Kami kawan, masih lagi kawan. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan kali ini, kalau ada apa-apa perubahan mahupun perancangan saya akan beritahu semua.

“Biarlah semuanya berjalan dengan manis dan perlahan, kita tidak mahu tergesa-gesa dan saya tak ingin berasa tertekan.

“Walaupun dah lama kami berkawan dan tahu masanya juga sangat sesuai sekarang, tapi kena hati-hati, kalau berasa tertekan nanti jadi tak seronok,” katanya.

siti saleha dan kekasih enggan tergesa-gesa kahwin, “kalau tertekan nanti tak seronok,”

Menjelaskan bahawa hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja, pelakon itu turut meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan hingga ke fasa berikutnya.

 

Untuk info, sebelum ini Siti Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada tahun 2018, namun berpisah empat tahun kemudian pada 2022. Beliau kemudian membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton

 

Sumber: HIB Glam