Siti Nurhaliza Tak Pernah Labelkan Diri Penyanyi Nombor 1 Negara, “Tak Penting Pun..”

Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah menganggap gelaran itu suatu perkara yang penting buat dirinya.

siti nurhaliza tak pernah labelkan diri penyanyi nombor 1 negara, “tak penting pun..”

Menurut penyanyi yang selesa dengan penggilan Tokti, beliau lebih memikirkan soal kualiti kerja dan persembahan demi memuaskan hati para peminatnya.

 

“Dalam diri saya, tak pernah pun saya nak tempatkan diri saya di tangga pertama dan ia tidak penting pun.

“Bagi saya, kerja keras, kerja yang berkualiti, peminat berpuas hati dan saya buat orang bahagia itu adalah perkara yang lebih menggembirakan saya,” kata beliau.

siti nurhaliza tak pernah labelkan diri penyanyi nombor 1 negara, “tak penting pun..”

Tambah lagi, mana-mana penyanyi mampu untuk berada pada tahap yang mereka inginkan dengan pencapaian serta bakat yang ada.

 

“Saya akui saya tak belajar muzik dan vokal, tak pandai main alat muzik, saya ada rhythm dalam diri saya.

“Aina Abdul, Ernie Zakri, Nadeera Zaini, saya memang kagum dengan kebolehan mereka sebab mereka memang belajar muzik.

“Sekarang ni sesiapa sahaja boleh berada di tahap yang mereka mahukan, sama ada nombor satu atau sebagainya,” tambah penyanyi ini lagi.

 

Terdahulu, kecoh di media sosial dakwaan individu yang mengakui peminat Aina Abdul yang mahukan gelaran penyanyi nombor 1 negara itu diberikan kepada Aina Abdul, berbanding Siti Nurhaliza yang sudah tidak lagi ‘relevan’.

aina abdul mendunia, julang nama malaysia pada ‘abu tv song festival 2023’ di korea selatan

Baca: Aina Abdul Malu Permintaan Netizen Mahu Dirinya Rampas Takhta Penyanyi No.1 Negara

 

Sumber: Gempak