Siti Nurhaliza Risaukan Suaranya Lepas Positif COVID-19 Kali Kedua

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui bimbang andai peti suaranya terganggu selepas dua kali dijangkiti COVID-19.

siti nurhaliza risaukan suaranya lepas positif covid-19 kali kedua

Pemilik nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, 44, yang kini sudah tamat kuarantin berkata, jangkitan kali kedua ini benar-benar mencabar kerana ia lebih menyakitkan berbanding kali pertama diserang virus itu tahun lalu.

 

“Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya adalah aset, tambahan pula turut mengalami gejala batuk berkahak yang sangat mengganggu.

“Berbeza dengan jangkitan COVID-19 kali pertama dulu tiada demam atau sakit badan, namun kali ini saya alami sengal otot yang teruk selain demam.

“Harap-harap, apa yang berlaku tak mengganggu peti suara saya,” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kes jangkitan COVID-19 kini semakin meningkat.

siti nurhaliza risaukan suaranya lepas positif covid-19 kali kedua

“Kes meningkat semula, semua orang kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sihat, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan, telan ubat.

“Saya pun bila dapat tahu dijangkiti, cepat-cepat ambil vitamin C dan antibiotik, seterusnya menghabiskan kuarantin selama tiga hari,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

 

Malah, beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana vokalnya kini semakin baik.

 

“Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ‘ringan’ sedikit.

“Kalau tak, rasa ‘berat’, kasar dan nafas tak cukup. Jadi, ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ‘ringan’ seperti ini.

“Tiba-tiba saya dijangkiti Covid-19 semula. Alhamdulillah, saya dah habis kuarantin dan harapnya tak ada apa-apa. Cuma tinggal batuk sahaja,” ujar beliau.

 

Terdahulu, Siti pernah dijangkiti COVID-19 pada 2022, hingga menyebabkan peti suaranya mengalami masalah.

 

Sumber: HIB Glam