Siti, Suami Buka Sekolah Di Palestin, Beri Nama Afwa & Aafiyah

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan gembira kerana beliau dan suaminya dapat membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Palestin di Gaza.

.

Lebih istimewa, sekolah itu diberikan nama sempena dua orang anaknya, iaitu Afwa & Aafiyah.

siti, suami buka sekolah di palestin, beri nama afwa & aafiyah

Sekolah tersebut dilaporkan akan memberikan pendidikan peringkat awal dalam bidang Al-Quran serta akademik, termasuk pembelajaran tentang adab dan akhlak.

.

Menurut laporan Kosmo!, setakat ini sudah ada kira-kira 50 orang murid disekolah berkenaan yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia empat tahun.

siti, suami buka sekolah di palestin, beri nama afwa & aafiyah

siti, suami buka sekolah di palestin, beri nama afwa & aafiyah

Sekolah berkenaan juga telah beroperasi sejak setahun lalu iaitu pada 5 Oktober 2021 di bawah Yayasan Nurjiwa, selain turut bersama mengadakan bantuan kepada masyarakat di Malaysia.

 

 

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, rata-rata pengikut dan warganet memuji usaha murni penyanyi ini dalam membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang dan negara.

siti, suami buka sekolah di palestin, beri nama afwa & aafiyah

Sumber: [1], [2]