“Saya Tak Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Dalam GV10,” - Siti Nordiana

Penyanyi, Siti Nordiana menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan ilmu hitam untuk membolehkannya kekal dalam program All Stars Gegar Vaganza (GV10).

“saya tak guna ilmu hitam untuk kekal dalam gv10,” - siti nordiana

Menurut beliau yang mesra dengan penggilan Nana, tuduhan itu cukup ‘berat’ untuk dirinya dan bimbang akan membuatkan orang lain turut percaya.

 

“Demi Allah, saya tak guna ilmu hitam untuk kekal dalam program GV10.

“Saya rasa sedih. Apa yang membuatkan saya bimbang, takut orang lain di sekeliling saya akan percaya.

“Sehingga wartawan sendiri telefon dan bertanyakan sendiri pada saya, maksudnya tuduhan itu sudah pun tular. Jadi saya terfikir mungkin aka nada orang yang percaya saya gunakan ilmu hitam,” katanya.

Menurut Nana lagi, dia memang ada terbaca komen-komen yang memfitnahnya menggunakan ilmu hitam oleh beberapa individu di aplikasi X. Namun, apabila semakan dibuat dia mendapati individu itu memang tidak suka kepada dirinya.

 

“Saya tengok juga pemilik akaun yang menabur fitnah terhadap saya itu dan mendapati memang dia tidak sukakan saya. Saya faham, tak semua orang suka dengan kita.

“Kalau setakat komen mengkritik cara nyanyian saya tidak sedap, saya okey. Tapi bila melibatkan fitnah dengan menuduh saya menggunakan ilmu hitam, saya bimbang dan takut orang lain akan percaya,” kata Nana lagi.

“saya tak guna ilmu hitam untuk kekal dalam gv10,” - siti nordiana

Nana dalam pada itu turut meminta individu berkenaan untuk menunjukkan bukti dakwaan yang dilemparkan.

 

“Kalau dia ada bukti (saya guna ilmu hitam), boleh kemukakan dan tunjuk kepada saya. Tapi kalau tiada, sudah tentu tuduhan itu adalah fitnah.

“Mereka suka menulis tanpa memikirkan akibatnya. Sebelum nak bercakap atau menulis apa-apa, fikir dahulu baik dan buruk perkara yang akan terjadi.

“Saya tahu dosa gunakan ilmu hitam. Lagi pun, saya sendiri sedia maklum untuk apa guna sihir semata-mata mahu kekal dalam GV10. Saya sendiri pun tidak tahu nasib sendiri sama ada akan kekal atau tersingkir,” jelasnya.

 

Nana yang enggan memanjangkan isu berkenaan berharap pemfitnah itu meminta maaf kepadanya dan memadamkan hantaran fitnah yang telah dikongsikan itu.

 

Terdahulu, tular beberapa dakwaan di aplikasi X kononnya Siti Nordiana menggunakan khidmat bomoh atau ilmu sihir untuk terus kekal dalam program GV10.

 

Untuk info, tiada penyingkiran dibuat pada minggu ke-8 GV10.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

 

Sumber: Kosmo!