Sembilan Tahun Kahwin Belum Ada Zuriat, Siti Elizad Sebak Kenang Ikhtiar Cuba Hamil

Pelakon dan penyampai radio SINAR, Siti Elizad tidak dapat menahan sebak mengenangkan pelbagai usaha yang dilakukannya dan suami demi mendapatkan zuriat selepas lebih sembilan tahun berkahwin.

sembilan tahun kahwin belum ada zuriat, siti elizad sebak kenang ikhtiar cuba hamil

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 39, berkata, tidak semua orang faham dengan segala kepayahan yang dilaluinya sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan anak selama ini.

 

“Orang tidak tahu betapa sukar dan mencabar (dapatkan zuriat). Kita pergi berubat untuk ikhtiar tapi mungkin belum ada rezeki.

“Jika diikutkan, tahun depan usia perkahwinan sudah hendak memasuki usia 10 tahun tetapi orang tidak tahu saya sudah pergi berubat, mungkin belum ada rezeki,” katanya.

 

Dalam pada itu, Elizad turut bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang tidak pernah memberi tekanan terhadapnya mengenai zuriat.

 

“Paling saya kagum ialah keluarga mentua dan bapa sendiri tidak pernah bertanya mengenai zuriat.

“Mereka tak pernah tanya bila saya nak memiliki zuriat sendiri sedangkan adik-beradik yang lain dikurniakan anak yang ramai tetapi saya seorang belum ada,” kongsinya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Untuk info, Elizad pernah dua kali menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), pertama kali pada Februari 2020 dan Mac 2022.

 

Sumber: Instagram SINAR